Breaking

Fulltime: Arsenal Legends 4-2 Milan Glorie, Kanu score hatrik!

Sudah selesai perlawanan persahabatan antara Arsenal Legends dan Milan Glorie yang bertujuan untuk mengumpul dana kebajikan.
.
Walaupun tanpa Thierry Henry dan Patrick Viera, Arsenal Legends tetap membariskan pemain-pemain hebat yang pernah menabur jasa untuk The Gunners.
.
Antaranya ialah Emmanuel Petit, Robert Pires, Freddie Ljungberg, Nwanko Kanu, Marc Overmars, Nigel Winterburn, Lee Dixon, Jens Lehmann, David Seaman, Kolo Toure, Pascal Cygan dan ramai lagi. Manakala Milan Glorie dibarisi oleh Vieri, Di Canio, Abbiati, Dida, Cafu, Marcel Desaily dan entah apa nama lagi Acik pun tak ingat. Ramai wey!
.
.
Perlawanan berlangsung seimbang pada peringkat awal. Masing-masing cuba mengacah pintu gol lawan. Namun pemain lagenda Arsenal ternyata lebih tajam taringnya.
.
Marc Overmars walaupun nampak sedikit bulat tetapi masih lagi rancak menyerang melalui larian-larian lincahnya. Memang syok tengok lagenda main semula. Takde pun rasa stress! Semuanya lucu dan menyeronokkan.
.

.
Korang tengoklah rakaman yang acik ada buat kat page Facebook. Baru first time cuba streaming game ke Facebook live. Sorrylah kalau ada gangguan audio ke, kualiti gambar dan sebagainya. InsyaAllah akan cuba diperbaiki lagi selepas ini. Mana tahu boleh terus stream game EPL pulak.. Amacam? Ada mau ka?
.
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Arsenal Legends 4-2 Milan Glorie. Kanu berjaya merekod hatrik dan satu lagi gol oleh Pires.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.