Breaking

EPL: Sunderland 1-2 Arsenal / Post-Match (Henry and his magic touch!)


WOW! Perlawanan yang sangat mendebarkan buat para penyokong tegar Arsenal. Walaupun menurunkan barisan terkuat dengan kembalinya Bacary Sagna dibahagian pertahanan kanan. Namun keadaan padang sedikit menggusarkan dengan condition yang tak berapa baik. Ianya sedikit sebanyak mengganggu flow wengerball.

Pada separuh masa pertama, pemain Sunderland begitu berdisiplin dan rajin membantu apabila diserang oleh Arsenal. Hampir kesemua pemain akan berkampung dalam kotak penalti sehinggakan tiada ruang untuk The Gunners membuat hantaran. RvP terutamanya dikekang sepanjang permainan sehinggakan kadangkala hampir 5 pemain mengasak apabila dia memegang bola.

Tiada larian yang menarik dilakukan oleh Walcott atau Chamberlain. Rosicky juga kurang membuka ruang kerana dia turut dikekang. Hanya Arteta yang menggerakkan jentera serangan tetapi oleh kerana Sunderland mengamalkan corak pertahanan yang boleh dikategorikan sebagai 'PARK-THE-BUS' ianya turut menemui jalan buntu.

Apabila separuh masa kedua bermula, corak permainan menjadi lebih rancak dan sedikit terbuka. Sunderland beberapa kali mengasak tetapi Wojciech Szczesny cemerlang menjaga gawang Arsenal. Hinggalah pada minit ke 70, Mertesacker terjatuh dan mengalami kecederaan lalu bola dicuri oleh McClean dan merembat masuk menjadikan kedudukan Sunderland 1-0 Arsenal. Mertesacker terpaksa dibawa keluar dan digantikan oleh Aaron Ramsey. Alex Song terpaksa turun mengisi kekosongan CB.

Thierry Henry dibawa masuk menggantikan Chamberlain dan berselang lima minit selepas itu, bola rembatan Arteta muntah kepada Ramsey yang menyambung dan membuat sepakan kencang menewaskan Mignolet untuk Arsenal menyamakan kedudukan. Keadaan semakin gawat apabila Sunderland cuba mengasak dan tidak memberi ruang.

Arshavin dimasukkan pada minit akhir perlawanan menggantikan Theo Walcott. Beberapa hantaran lintang Arshavin memberi dimensi berbeza untuk jentera serangan Arsenal dan pada waktu tambahan, umpanan Arshavin berjaya disempurnakan oleh Thierry Henry dan memberikan kemenangan mutlak buat Arsenal. Ianya berkesudahan Sunderland 1-2 Arsenal.

Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah kehadiran semula Aaron Ramsey setelah direhatkan oleh Arsene Wenger memberikan Arsenal gol penyamaan. Ini menutup tohmahan yang dilemparkan terhadap prestasinya kebelakangan ini. Arshavin juga turut diberikan kritikan keras dengan prestasi turun naiknya tetapi umpanan Arshavin begitu sempurna untuk memberikan ruang Henry menjaringkan gol kemenangan Arsenal.


Ini merupakan perlawanan EPL terakhir untuk lagenda Arsenal, Thierry Henry dan ianya sudahkan dengan amat sempurna apatahlagi setelah menyumbangkan gol emas. Selepas ini perlawanan UCL menentang AC Milan di San Siro akan menjadi medan terakhir Henry bersama Arsenal kali ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.