Breaking

FT: Arsenal 3-1 Stoke City

Arsenal sekali lagi menunjukkan peningkatan ketara apabila berjaya memperolehi 3 mata. Ternyata Stadium Emirates menjadi kubu kukuh untuk The Gunners musim ini. Gol pertama dijaringkan oleh Gervinho setelah mendapat umpanan tepat daripada Ramsey.

Namun Peter Crouch yang tinggi macam galah tu berjaya menyamakan kedudukan melalui set-piece dan kelihatan Mertesacker agak cuai mengunci pergerakan Crouch. Marouane Chamakh perlu meningkatkan prestasi permainan kerana dia sememangnya sangat berpotensi namun kelihatan seperti tidak bermaya.


Kapten van Persie dimasukkan pada separuh masa kedua dan memberikan impak yang ditunggu-tunggu apabila berjaya menyumbat 2 gol hasil lorongan cantik daripada Gervinho.

Secara keseluruhan permainan menunjukkan peningkatan keyakinan yang ketara dan keserasian pemain dalam melakukan serangan. Menambahkan lagi kemanisan kemenangan semalam apabila Manchester United tewas 1-6 kepada Manchester City dan Chelsea juga tewas 0-1 kepada QPR.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.